KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

15.9.09

KEJAHILAN TENTANG ISLAM

SALAM

ade lagi penipuan... aku copy info ni dari forum ratuhati... betul @ tak aku xtau.. tapi pada aku since kite da was2 toksah la makan.... nauzubillah nape la dunia ni jadi macam nih....

A'kum Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak
hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak..... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...


p/s maaf dan trima kasih diucapkan kepada sue ratuhati dengan info yang diberi... maaf sebab copy info ni tanpa kebenaran sue...

0 kekawan suda kasi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...