KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

8.4.11

Lindungi Anak Anda Dari Jangkitan Pneumococcal

Salam

Alkisah... arini daku p klinik... 
sebab Manja x bape sihat... 
And aku nk amik suntikan Pneumococcal....
Suntikan Ke 2 nih.. hehehe...

Ade kawan2 nanye aku.. 
Pneumococcal tu ape??

Meh aku jawabkan...
Ni aku dapat risalah dari my doktor...

Apakah itu penyakit pneumokokus?

Penyakit pneumokokus (disebut neu-mo-kokus) berpunca daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae.
Terdapat hampir 90 jenis serotip pneumokokus. Kebanyakannya mengakibatkan penyakit yang ringan sahaja tetapi ada segelintir yang mampu menyebabkan jangkitan-jangkitan yang invasif. hampir 62% penyakit invasif di dunia berpunca daripada 10 jenis serotip yang biasa.

Streptococcus Pneumoniae boleh  menyebabkan jangkitan pada radang selaput otak, jangkitan darah, jangkitan paru-paru dan jangkitan telinga pertengahan. beberapa penyakit ini boleh menjadi serius terutama di kalangan kanak2.

Pneumokokus Meningitis (jangkitan pada radang selaput otak)

Jangan kelirukan pneumokokus meningitis dengan meningitis yang lain kerana ia mungkin berbahaya untuk kanak-kanak. perasaan resah dan mengantuk, hilang selera makan serta muntah2 adalah simptom2 utama penyakit ini. penyakit ini boleh membawa maut dan hampir separuh yang hidup mungkin akan mengalami beberapa ketidakupayaan kekal seperti ketulian, kerosakan otak atau kelumpuhan.

Pneumokokus Bacteremia (jangkitan Darah)

Ia merupakan infeksi di dalam aliran darah dan mampu menjadi serius jika tidak dirawati dengan segera. simptom-simptomnya adalah demam gred tinggi, kesejukan melampau,kehilangan selera makan, keresahan dan sakit sendi.

Pneumokokus Otitis Media (jangkitan telinga pertengahan)

Jangkitan ini amat biasa di kalangan kanak-kanak dan boleh mendukakan pesakit serta keluarganya. simptom otitis media adalah sakit badan, keresahan, kehilangan selera makan, kerap menangis, ciri birit dan muntah-muntah.

Pneumokokus Pneumonia ( jangkitan paru-paru)

Kanak-kanak yang dijangkiti pneumokokus pneumonia lazimnya memerlukan rawatan hospital. simptom-simptom yang perlu diawasi adalah demam panas, batuk, pernafasan pesat atau mendengus serta sakit dada, rasa loya, pening kepala, kepenatan, kesejukan melampau dan sakit sendi.


rajah ini menunjukkan penyakit streptococcus pneumoniae merebak dari nasopharynx melalui saluran pernafasan, menyebabkan penyakit pneumokokus yang invasif dan otitis media, penyakit pneumokokus yang tidak invasif.

siapakah yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit pneumokokus?

kanak-kanak di bawah dua tahun dan warga emas adalah golongan berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini dan lebih memerlukan perlindungan.

bagaimana anak saya boleh dijangkiti pneumokokus?

bakteria yang merupakan punca penyakit pneumokokus  lazimnya dijangkiti melalui hidung dan rongga kanak2 serta orang dewasa yang sihat dab mudah merebak melalui sentuhan atau batuk.

apakah rawatan untuk penyakit pneumokokus?

jika dapat dikesan dari awal dan diberi rawatan yang sewajarnya, penyakit pneumokokus dapat dikawal. terutamanya pneumokokus otitis media yang sering dirawati dengan antibiotik. oleh kerana terdapat peningkatan kesedaran tentang ketahanan bakteria terhadap antibiotik, kini para doktor lebih fokus dalam pencegahan penyakit ini.

bagaimanakah saya boleh melindungi anak saya dari penyakit pneumokokus?

vaksinasi mampu mengurangkan bilangan kes penyakit pneumokokus. walaupun vaksinasi tidak mampu memberikan perlindungan daripada semua penyakit pneumokokus, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan anak anda. terdapat variasi vaksin yang boleh menghalang jangkitan serotip-serotip pneumokokus yang berlainan. (pakar kesihatan anda akan menasihatkan vaksin yang sewajarnya untuk anak anda)

apakah kesan sampingan vaksin pneumokokus?

seperti ubat ubatan lain, ada kemungkinan anak anda akan mengalami kesan sampingan selepas menerima vaksinasi ini. kesan-kesan ini termasuklah sedikit kesakitan atau radang di tempat suntikan yang biasanya tidak akan berlanjutan lebih daripada satu atau dua hari. anak anda mungkin akan berasa kurang sihat atau mengalami demam selepas vaksinasi. sekiranya berlaku, doktor anda akan menasihatkan cara-cara untuk menangani masalah ini.




0 kekawan suda kasi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...