KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

26.7.11

Muffin Pisang Berkurma

Salam

Ms besday daddy aritu..
iolss smpat gak ler bikin muffin utk manja...
tp like usual iolss derhaka ngn resepi asal...
ms tu iolss nengok kat  trymasak nih...
sbb iolss tgk mcm best je utk manja..
so ini lah hasilnyer...

tgh naik dgn jayanyer.. hehehehehe

Bahan-bahan :
1) Pisang - saiz sederhana (3 biji)
2) Tepung gandum (1 1/2 cawan)
3) Bijirin oat (1 cawan)
4) Gula perang (1 cawan) - yg ni sy x ltk.. sy gntikan kurma 15 bijik
5) Telur (2 biji)
6) Minyak (1/2 cawan ) - yang ni sy gune minyam bunga matahari
7) Esen vanilla (1 sudu kecil)
8) Serbuk penaik (1 sudu besar)
9) Garam (sedikit) - yang ni sy xltk langsung

cara -cara 

Lenyek pisang hingga hancur. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.

Dalam mangkuk lain, masukkan minyak,kurma yang telah diblend, telur, esen vanilla. Adun dengan kelajuan sederhana. (Tak perlu diadun lama dan telur tak perlu terlalu kembang)

Masukkan pisang lenyek ke dalam adunan bahan kering dan curahkan adunan bahan basah. Adun sebati bahan.

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 10 minit.

Griskan minyak pada loyang dan kemudian masukkan adunan mufin.

Bakar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 20 minit.

Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar.







2 kekawan suda kasi komen:

Ummiakid @ lily said...

waa...sedap muffin tu...naik dengan tembamnye...siap ada kurma lagik..

Pijot said...

kurma tu pgganti guler kak... sbb manja lom bole mam gule n garam kan.. ngeee... khasiat lebih la gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...