KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

29.10.11

Pizza Daging Bersosej Dan Pizza Daging Mayonis

Salam

Akibat masalah teknikal yang melanda, jadi aku amik keputusan mau bikin pizza semalam...
alhamdulillah percubaan kali ni tetap la menjadi...
bahkan daddy suke bangat... kaklong toksah cakap ler.. 
dia sume pun ok.....
tapi sian manja ler, xdapat makan sebab pedas skit...
ngeeeeeee.. nanti mummy bikin mini pizza utk manja yer...
daddy cakap semalam.... nanti daddy cari buyer mummy buat pizza...
Duan jadi delivery... perghhhhh tinggi cita2...
sebab kate daddy pizza ni terbaik....
sejibik macam pizza hut... erksssssss
terasa di awangan plak... tq daddy....

ini pizza daging bersosej....

ini pula pizza daging bermayonis.. bezanya cume yang ini x letak sosej dan ditambah mayonis...


resepi untuk doh... seperti biasa aku gunekan resepi CMG ler... 
ngeeee.... kredit to CMG... Peace yawwwww

bahan - bahan

300g tepung -- aku gune tepung high protein
6gm instant yis -- aku letak satu camca kecik... camca yang memang disediakan bersama breadmaker aku
20gm mentega 
10gm gula halus -- same la dengan gula castor... tapi aku gune gula biasa je yang jenis halus tuh.... 
1 camca bread improver -- aku guna camca bread maker aku
1/4 camca teh garam -- aku letak secubit jer
1 1/2 camca besar madu -- aku guna camca besar
170ml air
*** tambahan aku letak 1 camca bread softener
sedikit tepung untuk ditabur + masa di canai

manakala resepi untuk sos pizza pula

1 labu bawang besar dicincang halus
1 bj bawang putih dicincang halus
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar cili kering
sedikit garam
sedikit oregano
sedikit basil
sedikit parsley
daging cincang secukup rasa --- pepandai agak yer

bahan-bahan lain untuk pizza
2 sudu besar tomato puree
keju mozzarela
bawang besasr yang dipotong bulat
potongan nenas -- aku gune dalam tin ajer
sosej dipotong kecil
mayonis - untuk pizza mayonis

cara -cara 

untuk doh :---- masukkan semua bahan dalam breadmaker... 
setkan ke doh... dan on.. tunggu sehingga siap..
selepas itu keluarkan doh yang telah siap dan doh dibahagi dua... 
 ambil satu doh dan mula mencanai dengan menggunakan tepung yang ditabur.... 
tekan2 dan gelekkan doh hingga menjadi seperti roti canai...
 letakkan doh di pizza pan dan mule menekan sedikit untuk sesuaikan doh dengan pizza pan...
 pastikan doh di bahagian tepi pan itu lebih tinggi dari bahagian lain... (ala macam pizza hut tuh) 
untuk sos :--- masukkan minyak... tumis cili kering, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau... masukkan tomato puree dan daging hancur.... biarkan seketika... 
masukkan garam , oregano, basil dan parsley... gaul sehingga masak....
untuk pizza :--- sapukan tomato puree dan sos pizza di doh yang siap dicanai... 
sebelum itu sila panaskan oven anda terlebih dahulu yer... 
selepas sapukan sos dan tomato puree anda bolehlah mule 
menyusun bahan2 untuk pizza mengikut kreativiti anda....
dan diakhiri dengan taburan keju mozzarela.... keju ni anda kna pastikan keju yang telah di hiris nipis
 (saya beli keju yang da siap di sagat) .. selepas itu anda bolehlah membakar 
pizza tersebut dengan suhu 150 darjah selama 20 min... 
tapi hendaklah diingatkan semua oven adalah tidak sama... 
untuk mengetahui pizza telah masak adalah dengan melihat keju yang da cair 
dan doh berwarna keperangan... selepas itu ready utk di makan....






0 kekawan suda kasi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...