KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

13.4.16

Tafsir Surah Az Zalzalah

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalammualaikum

Perkongsian kuliah pg tadi

Yang ini saya copy dari blog http://abubasyer.blogspot.my/2013/10/tafsir-surah-az-zalzalah-ayat-7-8.html?m=1

Saya ada buat penambahan sikit mengikut pemahaman saya semasa kuliah tadi.. Moga bermanfaat pada kita semua

Huraiannya :

Dalam ayat-ayat ini Allah memperincikan balasan amal masing-masing. Maka barangsiapa beramal baik, walaupun amalnya itu seberat zarrah (atom) atau kerana terlalu kecil nescaya akan diterima balasannya, begitu pula yang beramal jahat walaupun seberat zarrah (atom) akan merasakan balasannya. Amal kebajikan orang-orang kafir tidak dapat menolongnya dan melepaskannya dari seksa kekafirannya. Mereka akan tetap sengsara selama-lamanya di dalam neraka.

Adapun keterangan ayat yang menyatakan bahawa pahala amal perbuatan mereka tidak berguna, maksudnya tidak dapat melepaskan mereka dari seksa kekafiran, walaupun ada keringanan dari seksa kejahatannya selain azab kekafiran. Adapun seksa kekafiran tidak akan dikurangi sedikitpun, sebagaimana firman Allah SWT:

ونضع الموازين القسط ليوم القيامة فلا تظلم نفس شيئا وإن كان مثقال حبة من خردل أتينا بها وكفى بنا حاسبين

Maksudnya : "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hart kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit, sekali pun hanya  seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala).Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan. (Surah al-Anbiya' (21) ayat 47)

Dalam sebuah Hadis dinyatakan bahawa Hatim seorang yang paling pemurah dari orang musyrik Arab, diringankan azabnya kerana kedermawanannya. Begitu pula Abu Lahab diringankan sedikit azabnya kerana kegembiraannya dengan kelahiran Nabi SAW.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita perbanyakkan amal-amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan, walau pun nampak kecil tetapi sebenarnya besar disisi Allah SWT. Kita tidak tahu yang mana satu amalan kita diterima dan diredhai oelh Allah SWT sehingga dosa-dosa kita di ampunkan oleh Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat-Nya. Kita juga perlu jauhkan diri  daripada melakukan dosa-dosa besar dan kecil. Janganlah kita melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan kerana setiap dosa yang kita lakukan akan terdapat satu titik hitam dalam hati kita. Jika titik hitam ini terlalu banyak maka hati kita akan terhijab untuk menerima taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. Kebenaran akan sukar masuk ke hati kita. Setiap perkara dosa walau pun kecil semuanya akan dihisab oleh Allah SWT, di akhirat nanti. Kita pun tidak mengetahui dosa yang mana satu yang akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT tidak diberinya ampun sehingga Dia masukkan kita ke dalam neraka-Nya nauzubillahiminzalik.

Teruskan beristighfar dan bertaubat setiap hari kerana ini sajalah jalan yang akan menyelamatkan kita daripada penderitaan yang sengsara di hari akhirat nanti. Berdoalah semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita samada yang besar atau pun yang kecil.

#doakansaya
#mogasayaistiqomah
#sayacubayangterbaik
#perkongsiankuliah
#yangburukitudarisaya
#maafkansayajikasayasalah

11.4.16

4 Golongan Manusia

Assalammualaikum

Kuliah selepas Asar minggu lepas yang saya hadiri di Surau Taman Cengal Utama ini.. Disampaikan oleh PU Muhsin..

Kata beliau :-

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tirmidzi ( saya x sure sgt bab ni kerana sedang membuka buku jadi saya google ) bahawasanya ada empat golongan manusia yang akan menghuni dunia ini. Apakah golongan tersebut?

1. Golongan yang Memiliki Ilmu dan Harta Banyak

Golongan manusia pertama menurut janji Nabi  adalah mereka yang memiliki ilmu dan harta yang banyak. Sungguh beruntunglah orang yang berada dalam golongan ini, sebab harta yang dikurniakan kepada mereka dimanfaatkan sebesar-besarnya hanya untuk keperluan perjuangan dan dakwah di jalan Allah SWT. 

“Mereka inilah,” janji Nabi dalam riwayat tersebut, “merupakan sebaik-baik hamba.”

2. Golongan yang Memiliki Ilmu Tapi Tidak Memiliki Harta

Golongan kedua ini adalah mereka yang memiliki ilmu namun tidak mempunyai harta. Akan tetapi, hampir sama dengan golongan pertama, pada golongan ini merek juga akan memperoleh ganjaran pahala serta darjat yang tinggi. 

Meskipun mereka tidak dilimpahi harta seperti golongan pertama, akan tetapi ilmu yang dimiliki ini memotivasi mereka untuk bercita-cita “Ya Allah, jika Engkau memberikan aku anugerah harta sebagaimana saudaraku (yang diberi ilmu dan harta), maka aku akan menafkahkan harta itu di jalan kebajikan, sebagaimana yang dia lakukan.”

Dengan ilmunya tersebut, orang pada golongan ini mengetahui hakikat hidup dan mempunyai cita-cita yang agung. Persis seperti orang yang hanya memiliki satu juta untuk infaq, lalu dia merintih dalam doanya, “Ya Allah, jika aku diberikan rezeki dari-Mu senilai satu milyar, maka aku akan menafkahkan di jalan-Mu senilai ratusan juta.”

Kepada kedua golongan ini, Nabi bersabda, “Kedua hamba ini, pahalanya sama.” Betapa bahagianya.

3. Golongan yang Memiliki Harta Namun Tidak Memiliki Ilmu

Golongan manusia yang ketiga adalah mereka yang memiliki harta akan tetapi tidak memiliki dunia. Hasilnya adalah apa yang dilakukan orang pada golongan ini dengan hartanya adalah maksiat dan dosa.

Bahkan yang lebih keji lagi, mereka akan mengajak, membiayai, dan memberikan segala macam kemudahan kepada orang yang mahu menjadi pengikut mereka di jalan keburukan yang bergelumang dosa. Golongan ketiga ini, disebut oleh Rasulullah sebabagai seburuk-buruknya hamba.

4. Golongan Miskin Harta dan Tidak Berilmu

Golongan yang paling terakhir berdasarkan janji Nabi adalah mereka yang miskin harta dan juga tidak berilmu. Maka celakalah mereka yang berada pada golongan ini. Sebab, ia berdoa, “Ya Allah, jika Engkau kurniakan aku harta sebagaimana saudaraku (yang berharta dan tidak berilmu hingga bermaksiat), maka aku akan berbuat maksiat sebagaimana yang dikerjakannya.”

Celaka. Celaka. Celaka. “Kedua hamba ini (golongan ketiga dan keempat),” ujar Nabi menutup sabdanya, “timbangannya sama.”

Demikianlah yang saya sempat ambil nota mengenai empat golongan manusia berdasarkan janji Nabi SAW. Kita sahajalah yang akan mencorakkan diri kita ke mana arah tujuan kita.. Audit diri.. Doakan saya dan saya juga sentiasa mendoakan anda.. InsyaAllah

Wallahualam..

*sumber dari nota sendiri dan research dari google

6.4.16

Amalkan dan InsyaAllah dengan izinNya

Assalammualaikum

Alhamdulillah dengan izinNya saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat semasa kuliah dhuha pagi tadi.. Terjemahan Al-Quran dan amalan yang baik untuk semua

Besar sungguh hikmah yang Allah beri selepas kekecewaan saya dahulu.. Sangat besar dan sesungguhnya saya amat² bersyukur.. Moga saya istiqomah.. Doakan saya ya..

Antara perkongsian ustaz pagi tadi ~

Amalkan surah an nasr.. Surah an nasr ini ada menceritakan tentang pertolongan daripada Allah.. Amalkan surah ini insyaAllah bantuan dari Allah akan sampai.. Yang penting kita yakin dengan Allah.. Surah ini amat bagus juga bagi yang hendak menghadapi peperiksaan.

Amalkan istighfar bagi yang inginkan ketenangan, inginkan anak atau inginkan sesuatu.. Istighfarlah banyak².. InsyaAllah impian anda tercapai..

Bersama² kita mengamalkan kedua² ini disamping amalan lain. Apapun yang buruk datangnya dari saya.. Mohon ampun maaf jika saya pernah membuat salah atau mengguris hati sesiapa.. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...