KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

13.4.16

Tafsir Surah Az Zalzalah

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalammualaikum

Perkongsian kuliah pg tadi

Yang ini saya copy dari blog http://abubasyer.blogspot.my/2013/10/tafsir-surah-az-zalzalah-ayat-7-8.html?m=1

Saya ada buat penambahan sikit mengikut pemahaman saya semasa kuliah tadi.. Moga bermanfaat pada kita semua

Huraiannya :

Dalam ayat-ayat ini Allah memperincikan balasan amal masing-masing. Maka barangsiapa beramal baik, walaupun amalnya itu seberat zarrah (atom) atau kerana terlalu kecil nescaya akan diterima balasannya, begitu pula yang beramal jahat walaupun seberat zarrah (atom) akan merasakan balasannya. Amal kebajikan orang-orang kafir tidak dapat menolongnya dan melepaskannya dari seksa kekafirannya. Mereka akan tetap sengsara selama-lamanya di dalam neraka.

Adapun keterangan ayat yang menyatakan bahawa pahala amal perbuatan mereka tidak berguna, maksudnya tidak dapat melepaskan mereka dari seksa kekafiran, walaupun ada keringanan dari seksa kejahatannya selain azab kekafiran. Adapun seksa kekafiran tidak akan dikurangi sedikitpun, sebagaimana firman Allah SWT:

ونضع الموازين القسط ليوم القيامة فلا تظلم نفس شيئا وإن كان مثقال حبة من خردل أتينا بها وكفى بنا حاسبين

Maksudnya : "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hart kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit, sekali pun hanya  seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala).Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan. (Surah al-Anbiya' (21) ayat 47)

Dalam sebuah Hadis dinyatakan bahawa Hatim seorang yang paling pemurah dari orang musyrik Arab, diringankan azabnya kerana kedermawanannya. Begitu pula Abu Lahab diringankan sedikit azabnya kerana kegembiraannya dengan kelahiran Nabi SAW.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita perbanyakkan amal-amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan, walau pun nampak kecil tetapi sebenarnya besar disisi Allah SWT. Kita tidak tahu yang mana satu amalan kita diterima dan diredhai oelh Allah SWT sehingga dosa-dosa kita di ampunkan oleh Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat-Nya. Kita juga perlu jauhkan diri  daripada melakukan dosa-dosa besar dan kecil. Janganlah kita melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan kerana setiap dosa yang kita lakukan akan terdapat satu titik hitam dalam hati kita. Jika titik hitam ini terlalu banyak maka hati kita akan terhijab untuk menerima taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. Kebenaran akan sukar masuk ke hati kita. Setiap perkara dosa walau pun kecil semuanya akan dihisab oleh Allah SWT, di akhirat nanti. Kita pun tidak mengetahui dosa yang mana satu yang akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT tidak diberinya ampun sehingga Dia masukkan kita ke dalam neraka-Nya nauzubillahiminzalik.

Teruskan beristighfar dan bertaubat setiap hari kerana ini sajalah jalan yang akan menyelamatkan kita daripada penderitaan yang sengsara di hari akhirat nanti. Berdoalah semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita samada yang besar atau pun yang kecil.

#doakansaya
#mogasayaistiqomah
#sayacubayangterbaik
#perkongsiankuliah
#yangburukitudarisaya
#maafkansayajikasayasalah

0 kekawan suda kasi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...