Lebih baik aku fokus bisnes, family n mak abah yg sememangnya memerlukan aku..
28.3.16
26.3.16
Aku redha
Ya Allah,
Sesungguhnya aku sayang hubungan itu ya Allah..
Aku senang bila bersama mereka..
Aku ketawa bila bersama mereka..
Tetapi aturan Mu indah YaAllah..
Kau datangkan dugaan..
Menyedarkan hambamu ini dari lena yang panjang..
Aku lalai dalam bersyukur kepadaMu..
Aku terleka dalam mendahulukan tanggungjawab dan kepentinganku..
Aku mendahulukan mereka tanpa memikir yang utama..
Terima kasih yaAllah
Dugaanmu menyedarkan aku..
Yang mana kaca yang mana permata..
Yang mana kawan, yang mana sahabat..
Kelekaan aku terbayar kini..
Mahal sungguh harga itu..
Kini aku redha..
Aku kembalikan mereka tanpa diriku..
Aku kembali pada kehidupan ku dahulu..
Moga suatu masa nanti, mereka kembali kepadaku seperti dahulu
Doaku moga aku istiqomah dalam beribadat kepadaMu..
Terima kasih YaAllah..
25.3.16
Sahabat
Assalammualaikum
Sejauh mana anda mengasihi sahabat anda? Adakah mereka juga begitu? Sesungguhnya saya sangat mengasihi sahabat saya.. Yang saya panggil sahabat sejati.. Terpulanglah jikalau mereka tidak menzahirkan begitu.. Kerana saya ikhlas dalam perhubungan itu.. Pohon saya moga ikatan ini utuh sehingga ke akhirnya.. Dugaan dan badai yang menimpa hanyalah ujian sekecil cuma.. InsyaAllah
12.1.16
Bertabahlah..
Allahuakbar..
Alhamdulillah
Sesungguhnya Allah tidak akan menduga jika aku tidak mampu.. Penantian yang sekian lama berakhir begini bukan aku pinta.. Mesti ada hikmahnya kan..
Tipulah kalau aku kata aku kuat.. Aku tak kuat.. Goyah peganganku.. Tatkala satu demi satu berita baik dari sahabatku diterima.. Aku bersyukur.. Murah rezeki mereka.. Aku pula? Tegar untuk merahsiakan apa yang terjadi.. Tiada siapa kisah tiada siapa ambil peduli.. Yang bertanya sahaja mengetahui.. Seringkali aku diajukan kenapa merahsiakan? Kenapa tidak berkongsi? Jawapan aku tetap sama.. Pengalaman lalu mendewasakan.. Aku tidak mampu menjawab pelbagai persoalan bertubi².. Ditekan diasak.. Sungguh aku tidak mampu.. Biarlah rahsia..
Sehingga kini sudah 4 hari peristiwa itu.. 4 hari jua aku mendiamkan diri.. Sudah seperti anti sosial.. Tapi aku tenang.. Tenang begini.. Moga ada sinar rezeki untuk ku suatu hari nanti.. InsyaAllah..
Amin
10.1.16
Terima kasih Allah
2016..
Tahun baru, lembaran baru. Saat sang suami mengalami muntah², mengidam aku ketawa.. Aku tahu ada "dia" disampingku.. Walaupun terkadang aku kerisauan.. Kenapa kerap kali cramping di pangkal rahimku.. Tapi aku biarkan.. Aku google.. Oh baru lg.. Ade proses pertumbuhan sedang berlaku.. Normal le.. Telah hatiku.. Ku biarkan sahaja kerisauan itu dan just enjoy moment indah ini.. Dan kini "dia" telah kembali.. Kembali pada penciptaNya.. Salahkah diriku? Rutin harianku cume mengemas rumah.. Baking.. Adekah terlalu heavy untuk "dia"? Aku redha.. Mungkin ini permulaan baik dan pendorongku agar lebih dekat dengan Allah.. Rezeki itu dariNya.. "Dia" dipinjamkan mesti punye hikmah disebaliknya.. Apepun aku tahu "dia" sentiasa disampingku dan pastinya Allah akan beri yang lebih baik kepadaku.. InsyaAllah
10.11.15
Pelajar Cemerlang Tadika Kemas Blora 5 Tahun Kategori Perempuan
Assalammualaikum
Malam tadi attend Majlis Graduasi Dan Penyampaian Hadiah Tadika Blora Kg Tok Dagang.. Manja graduate poik.. Hahahahaha.. Wajib la attend kan.. Sementelah kami suami isteri pun berjawatan sebagai ahli jawatankuasa tadika..
Hadiah demi hadiah sudah diberi pada para pelajar.. Mummy rasa cuak gak.. Awatnya nama anak den x announce lagi ni.. Makin lama makin susut budak yang tak terima lagi hadiah.. Sekali diumumkan Pelajar Cemerlang Kategori Perempuan 5 tahun.. Aishatul Arissa Hana !!! Its my daughter.. Mummy serius terkejut sangat..
Dek terlampau santai, ( actually taktau ada anugerah kecemerlangan tu ) satu pic pn mummy tak snap.. Daddy apetah lagi.. Masing² santai² je.. Kali ni harapkan ehsan ibu bapa yang snap je la.. Huhu..
Ape pun, manja sayang.. Sentiasalah mencari ilmu.. Walaupun baru 5 tahun tapi mummy bangga pencapaian manja.. Manja belajar rajin².. Kejarlah cita² manja.. Jadi anak solehah.. Yang berguna pada mummy daddy, agama dan negara .. Doa mummy mengiringi manja..
Dan hari ini, mummy meraikan kecemerlangan manja.. Mummy bikin pulut kuning, sambal udang.. Yang seadanya sahaja.. Guna bahan sedia ada di rumah..

