KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

6.4.16

Amalkan dan InsyaAllah dengan izinNya

Assalammualaikum

Alhamdulillah dengan izinNya saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat semasa kuliah dhuha pagi tadi.. Terjemahan Al-Quran dan amalan yang baik untuk semua

Besar sungguh hikmah yang Allah beri selepas kekecewaan saya dahulu.. Sangat besar dan sesungguhnya saya amat² bersyukur.. Moga saya istiqomah.. Doakan saya ya..

Antara perkongsian ustaz pagi tadi ~

Amalkan surah an nasr.. Surah an nasr ini ada menceritakan tentang pertolongan daripada Allah.. Amalkan surah ini insyaAllah bantuan dari Allah akan sampai.. Yang penting kita yakin dengan Allah.. Surah ini amat bagus juga bagi yang hendak menghadapi peperiksaan.

Amalkan istighfar bagi yang inginkan ketenangan, inginkan anak atau inginkan sesuatu.. Istighfarlah banyak².. InsyaAllah impian anda tercapai..

Bersama² kita mengamalkan kedua² ini disamping amalan lain. Apapun yang buruk datangnya dari saya.. Mohon ampun maaf jika saya pernah membuat salah atau mengguris hati sesiapa.. InsyaAllah..

28.3.16

Aku Malas

Lebih baik aku fokus bisnes, family n mak abah yg sememangnya memerlukan aku..

26.3.16

Aku redha

Ya Allah,

Sesungguhnya aku sayang hubungan itu ya Allah..
Aku senang bila bersama mereka..
Aku ketawa bila bersama mereka..
Tetapi aturan Mu indah YaAllah..
Kau datangkan dugaan..
Menyedarkan hambamu ini dari lena yang panjang..
Aku lalai dalam bersyukur kepadaMu..
Aku terleka dalam mendahulukan tanggungjawab dan kepentinganku..
Aku mendahulukan mereka tanpa memikir yang utama..
Terima kasih yaAllah
Dugaanmu menyedarkan aku..
Yang mana kaca yang mana permata..
Yang mana kawan, yang mana sahabat..
Kelekaan aku terbayar kini..
Mahal sungguh harga itu..
Kini aku redha..
Aku kembalikan mereka tanpa diriku..
Aku kembali pada kehidupan ku dahulu..
Moga suatu masa nanti, mereka kembali kepadaku seperti dahulu
Doaku moga aku istiqomah dalam beribadat kepadaMu..
Terima kasih YaAllah..

25.3.16

Sahabat

Assalammualaikum

Sejauh mana anda mengasihi sahabat anda? Adakah mereka juga begitu? Sesungguhnya saya sangat mengasihi sahabat saya.. Yang saya panggil sahabat sejati.. Terpulanglah jikalau mereka tidak menzahirkan begitu.. Kerana saya ikhlas dalam perhubungan itu.. Pohon saya moga ikatan ini utuh sehingga ke akhirnya.. Dugaan dan badai yang menimpa hanyalah ujian sekecil cuma.. InsyaAllah

12.1.16

Bertabahlah..

Allahuakbar..

Alhamdulillah

Sesungguhnya Allah tidak akan menduga jika aku tidak mampu.. Penantian yang sekian lama berakhir begini bukan aku pinta.. Mesti ada hikmahnya kan..

Tipulah kalau aku kata aku kuat.. Aku tak kuat.. Goyah peganganku.. Tatkala satu demi satu berita baik dari sahabatku diterima.. Aku bersyukur.. Murah rezeki mereka.. Aku pula? Tegar untuk merahsiakan apa yang terjadi.. Tiada siapa kisah tiada siapa ambil peduli.. Yang bertanya sahaja mengetahui.. Seringkali aku diajukan kenapa merahsiakan? Kenapa tidak berkongsi? Jawapan aku tetap sama.. Pengalaman lalu mendewasakan.. Aku tidak mampu menjawab pelbagai persoalan bertubi².. Ditekan diasak.. Sungguh aku tidak mampu.. Biarlah rahsia..

Sehingga kini sudah 4 hari peristiwa itu.. 4 hari jua aku mendiamkan diri.. Sudah seperti anti sosial.. Tapi aku tenang.. Tenang begini.. Moga ada sinar rezeki untuk ku suatu hari nanti.. InsyaAllah..
Amin

10.1.16

Terima kasih Allah

2016..

Tahun baru, lembaran baru. Saat sang suami mengalami muntah², mengidam aku ketawa.. Aku tahu ada "dia" disampingku.. Walaupun terkadang aku kerisauan.. Kenapa kerap kali cramping di pangkal rahimku.. Tapi aku biarkan.. Aku google.. Oh baru lg.. Ade proses pertumbuhan sedang berlaku.. Normal le.. Telah hatiku.. Ku biarkan sahaja kerisauan itu dan just enjoy moment indah ini.. Dan kini "dia" telah kembali.. Kembali pada penciptaNya.. Salahkah diriku? Rutin harianku cume mengemas rumah..  Baking.. Adekah terlalu heavy untuk "dia"? Aku redha.. Mungkin ini permulaan baik dan pendorongku agar lebih dekat dengan Allah.. Rezeki itu dariNya.. "Dia" dipinjamkan mesti punye hikmah disebaliknya.. Apepun aku tahu "dia" sentiasa disampingku dan pastinya Allah akan beri yang lebih baik kepadaku.. InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...