Salam...
Petikan dari buku berjudul SUAMI ISTERI YANG AKAN DISEKSA....
ditulis oleh Ustaz Shaari Che In...
saya nak share dengan semua... InsyaAllah
psssttt.. korang p la carik buku nih.. syiok weh....
memang banyak pengisian jiwa dan info jugak...
jom check it out!!
Walau bagaimana besar sekalipon darjatmu di dunia ini
satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi
sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di muka bumi ini
maka satu hari nanti kamu tetap akan diazab dalam perut bumi
walau banyak manapun ketawamu di muka bumi ini
satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi
sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan minum minuman haram
satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat
walau banyak mana pun harta yang kamu kumpulkan di muka bumi ini
satu hari nanti akan musnah jua hartamu itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi
walau banyak manapun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini
satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita di dalam perut bumi
walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur di atas muka bumi ini
satu hari nanti kamu tetap akan di hina di dalam perut bumi
walau banyak mana sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini
satu hari nanti kamu tetap akan keseorangan dalam perut bumi
RENUNG-RENUNGKAN.. SELAMAT BERAMAL... SEKIAN SAHAJA
0 kekawan suda kasi komen:
Post a Comment