KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

5.2.13

Semoga Manja Cepat Sembuh

Salam…

Sayu hati ni bila tengok manja meraung kesakitan… puncanya tidaklah saya ketahui… yang saya tau 4 hari lepas, waktu malam ketika kami semua sedang tidur manja tiba2 menangis.. gatal katenye… dan kami lihat ade kesan bintat seperti digigit serangga di ketiak manja… jadi saya pon letak bedak berubat yang kami beli di Langkawi yang mana bedak tu mmg utk rashes dan gigitan serangga… keesokan hari manja mengadu sakit.. saya nmpak kesan bintat tu da melecet akibat digaru oleh manja.. I think la… saya letak minyak belut.. bagi kesan melecet tu sejuk… skali keesokan harinya makin merebak pula.. da ade kesan serupa di 3 tmpat berlainan…. Manja ade garu2 kepala dia juga.. bila tgk mcm ade kesan melecet plak di situ.. terus decide bawak ke rumah mak mentua utk dapatkan nasihat lebih jelas.

Smpai di rumah mentua, dia pon xtau nak kate ape sebab nak kate chicken pox bukan.. nak kate kudis buta pon bukan…. Jadinya kami cakap esok bawak ke klinik (masa tu ari ahad) …. Esoknya masa di klinik doctor menyatakan ianya hanya jangkitan kuman.. beliau memberi antibiotic untuk mencuci luka, antibiotic untuk di makan dan juga syampu berubat untuk digunakan ketika mandi…Balik dari klinik terus bagi manja makan sebelum bagi antibiotic .. dalam masa sama daddy sediakan kelengkapan untuk cuci luka manja… so surprise manja menjerit kesakitan.. pedih I think but kami terpksa lakukan demi mengelak keadaan manja lebih teruk…



 sudah 4 malam manja terjaga dari lena dek kesakitan di bahagian ketiaknya itu.. ibu mana x sedih melihat anak yang kesakitan?? Ibu mana yang nak membiarkannya begitu sahaja?? Malam tadi manja menangis kesakitan… lepas dipaksa untuk cuci luka tu, baru manja tido lena… masalahnya sangat la susah nak cuci luka manja tu sebab manja tau ubat tu sakit… meronta2 dia.. manja mmg jenis kuat.. tulang keras sangat.. lebam2 mummy dia kejekan dek xnak cuci luka.. niat hati nak bawak ke skin specialist tapi sumber bagitau hold dulu sebab nak tengok keadaan manja sehingga hari ini..


esok kalo masih  berlarutan baru jumpa pakar kulit.. sebabnya baru semalam manja ke klinik n amik antibiotic… bg masa hari ini utk tengok samada berkesan atau tidak ubat yang diberi.. harapnya berkesan la supaya manja tidak lagi merana…. Buat masa sekarang manja x dibenarkan bermain di luar rumah dan berpeluh.. dikhuatiri peluh tersebut akan mengakibatkan manja lebih teruk… luckily la cuaca skang mendung.. baju sleeveless je saya pakaikan kat manja supaya manja selesa… harapnya manja akan sembuh cepat… Amin… 

1 kekawan suda kasi komen:

Sima said...

Alahai... cian manja. cepat sembuh ya manja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...