KeKAwaN

THIS ENTRY IS MINE!!!

18.11.11

Roti Oat Manis dan Garlic Oat Bread

Salam

Aku meroti lagik..
lalalalalalalala...
bukan sebab kerana kerajinan tp kerana da janji ngan manja...
so aku pun meroti la...
ROTI OAT MANIS ngan GARLIC OAT BREAD....
sihat katenye makai oat...
ngeee..
actually resepi ni dpt dr Kak Ros Jintan Manis..
tapi biasa la aku..
versi derhaka....
aku olah resepi kak ros...
maaf ye kak ros....


Bahan-bahannya


*Untuk Doh*
350gram tepung roti
2 sudu besar water roux
1 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1/2 biji telur
40gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
180ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver - optional 
1 sudu kecil bread softener - optional
40gram Oats 


*untuk Inti bun*
aku gunakan ini jer... untuk oat garlic bread


manakala untuk resepi roti oat manis aku gunakan gula dan marjerin ajer..


Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan juga Oats di dalam breadmaker, kemudian ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh+Oats dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di 
dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil ataupun mengikut saiz yang dikehendaki. leperkan sedikit doh dan masukkan inti, tutup kemas dan bulat-bulatkan. untuk roti oat 
manis plak sy leperkan doh.. sapukan mentega sedikit dan saya taburkan gula di permukaannya. Susun di atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun. untuk oat garlic bread sy taburkan parsley kat permukaan roti.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan butter untuk bun lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.

ROTI OAT MANIS

GARLIC OAT BREAD







0 kekawan suda kasi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...